Tawâfuq Miracle in the Qur’an

 

By www.MalaysiaNur.com

 

 

There is tawâfuq in the Qur’an. However if the publisher or writer does not pay attention, or is not precise and careful enough, the tawâfuq may not be captured or recognized.

Without the help and guidance of Bediuzzaman Said Nursi the miraculous nature of tawâfuq may have remained unknown and, since previously such works had not been highlighted, common people would have been unaware of them.

Tawâfuq is when two things happen in a precise and orderly fashion without intent. Tawâfuq is especially understood to be when we know there is no possibility of coincidence or chance in an event and when we understand that the occurrence must have been ordained by Allah for an important cause.

The miraculous nature of tawâfuq in the Qur’an is displayed when the printed occurrences of the word Allah (Lafzullah), mentioned 2806 times, miraculously correspond to each other. With the exception of all but a few of the 604 pages of the Qur’an containing the word Allah such correspondence is evident.

In every page the occurrence of the word Allah corresponds to another, on either two pages overlapping each other face to face, by corresponding in a row top to bottom or by directly corresponding on the front and back of pages. The same tawâfuq may be seen with other words such as Rab (Lord), Qur’an and Rasul (Messenger) and in many other forms.

The miraculous nature of tawâfuq in the Qur’an was first revealed by Bediuzzaman Said Nursi one century ago. Now, in this era of materialistic and irreligious philosophy, at a time when people only believe in what they can see, that is to say whose minds have been limited by their sight, the fascinating tawâfuq miracle of the Quran is surely meaningful and is totally a blessing of Allah.

There is undeniable wisdom in the miracle of tawâfuq being discovered nearly 1350 years after the Qur’an was compiled. This being that if the tawâfuq of the Qur`an had been spotted earlier, during the time of the life of Messenger Muhammad (Peace be upon Him) and His Companions (Sahabas), His enemies of that time and of later generations may have accused Him and His Companions, saying that they deliberately aligned the words. However the tawâfuq, being discovered at a time when people are saying, “I only believe in what I can see”, is enough to destroy such denial.

In this respect Bediuzzaman says, “All Praise be to Allah that a Qur’an has been inscribed which openly portrays one of the six miracles that can be spotted by the naked eye. This is the Qur’an that was inscribed by Hafiz Osman. Other than a few rare instances Allah’s names are repeated 2806 times with the tawâfuq miracle. The pages or sentences were never amended. We have only regulated it. From that regulation a marvelous tawâfuq has prevailed. Some “ahl-al kalb” figures (people who approach reality with their hearts) have seen the Qur’an that we inscribed; they have all agreed it was close to the Qur’an in Lawh-al Mahfûz (Preserved Tablet).

Keajaiban Tawâfuq di dalam Al-Qur’an

Terdapat tawâfuq di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, jika penerbit atau penulis tidak memberi perhatian, atau tidak tepat dan tidak cukup berhati-hati, tawâfuq tidak boleh dikesan atau dikenal pasti.

Tanpa bantuan dan bimbingan Bediuzzaman Said Nursi keajaiban tawâfuq mungkin tidak dapat diketahui kerana usaha-usaha yang terdahulu tidak pernah menekankan perkara ini, oleh itu orang ramai tidak mungkin menyedarinya.

Tawâfuq adalah apabila dua perkara berlaku dengan cara yang tepat dan teratur tanpa niat. Tawâfuq dapat difahamkan apabila kita mengetahui bahawa tidak ada kemungkinan kebetulan atau peluang tersebut berlaku dalam sesuatu keadaan. Dan apabila kita memahaminya, kejadian tersebut semestinya telah ditakdirkan oleh Allah untuk tujuan yang penting.

Keajaiban tawâfuq di dalam Al-Quran dipaparkan dengan cetakan perkataan Allah (Lafzullah) yang disebut 2806 kali, adalah sejajar antara satu sama lain. Kesemua 604 muka surat al-Quran kecuali sebahagian kecil sahaja, mengandungi perkataan Allah yang sejajar yang menjadi bukti jelas.

Kesejajaran ini dapat diperhatikan pada setiap halaman muka surat yang mengandungi perkataan Allah adalah sejajar antara satu dengan lain apabila dua helai muka surat bertindih muka ke muka, di mana ianya sejajar dalam barisan dari atas ke bawah atau secara langsung sejajar di bahagian hadapan dan belakang sesuatu muka surat. Tawâfuq juga boleh dilihat dengan perkataan lain seperti Rab (Tuhan), Al-Quran dan Rasul (Muhammad) dan juga dalam banyak bentuk-bentuk lain.

Keajaiban tawâfuq di dalam Al-Quran pertama kali didedahkan oleh Bediuzzaman Said Nursi satu abad yang lalu. Sekarang, dalam era falsafah materialistik dan tiada beragama, iaitu suatu masa di mana orang hanya percaya kepada apa-apa yang mereka boleh lihat, dan cuma akan mempercayai perkara dengan batasan penglihatan, keajaiban tawâfuq al-Quran yang menarik ini amatlah bermakna dan ianya benar-benar adalah suatu rahmat Allah.

Terdapat hikmah yang tidak boleh dinafikan dalam mukjizat tawâfuq yang telah ditemui hampir 1350 tahun selepas Al-Quran disusun. Sekiranya tawâfuq Qur `an telah dikesan sebelum ini, iaitu pada masa hayat Rasulullah Muhammad (S.A.W) dan sahabatnya, musuh-musuhnya pada ketika itu dan juga generasi kemudian mungkin telah menuduh baginda dan sahabatnya, dengan mengatakan bahawa mereka sengaja menyejajarkan perkataan-perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tawâfuq telah diketemui pada zaman orang berkata, “Saya hanya percaya apa yang saya boleh dilihat”, adalah mencukupi untuk memusnahkan penafian mereka itu.

Dalam hal ini Bediuzzaman pernah berkata Segala puji adalah kepada Allah, bahawa Al-Quran telah tertulis dengan secara terbuka yang menggambarkan salah satu daripada enam mukjizat yang boleh dilihat oleh mata kasar. Ini adalah Al-Quran yang telah dituliskan oleh Hafiz Osman. Selain daripada beberapa keadaan yang jarang berlaku, nama Allah diulang-ulang 2806 kali dengan keajaiban tawâfuq. Setiap muka surat atau ayat tidak pernah dipinda. Kami cuma mengawal selia sahaja. Daripada peraturan itu tawâfuq yang mengagumkan telah tersebar. Beberapa figura “Ahl al Kalb” (orang-orang yang mendekati realiti dengan hati mereka) telah melihat al-Quran yang telah ditulis ini dan bersetuju ianya adalah hampir sama dengan al-Quran di Lauh al Mahfuz.”

 

 

 

www.MalaysiaNur.com